Tempatan

Kadar Jangkitan XBB Tinggi, KP Kesihatan Gesa Pakai Pelitup Muka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 07 November 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai mengenakan pelitup muka bagi mengekang varian XBB COVID-19 yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi.

Menurut beliau, jangkitan semula COVID-19 dengan varian ini telah meningkat kepada 17% berbanding hanya 5% untuk varian asas Omicron.

Gesaan Tan Sri Dr Noor Hisham yang menggalakkan orang ramai memakai topeng muka sama ada di dalam ataupun di luar rumah itu juga adalah susulan unjuran kes COVID-19 harian yang menunjukkan kemungkinan peningkatan jangkitan pada bulan ini dan pada Disember disebabkan oleh varian Omicron.

“Sekiranya berlaku lonjakan ketara dalam kes, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan semula.”

Beliau turut menambah, orang ramai digalakkan mendapatkan dos penggalak terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi sebagai langkah pencegahan selain mengamalkan langkah-langkah pencegahan lain seperti kerap membasuh tangan dan memakai hand sanitizer.

Samudera.my juga melaporkan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menegaskan agar orang ramai memakai topeng muka di kawasan sesak dan tertutup susulan gelombang baharu COVID-19 yang melanda negara.

Beliau pada Isnin, 31 Oktober lalu memaklumkan bahawa jangkitan COVID-19 yang disebabkan oleh subvarian XBB ini dijangka meningkat kepada 3,000 hingga 5,000 kes harian dalam beberapa minggu akan datang dengan puncak gelombang bertepatan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: