Tempatan

Peguam Melayu Pertikai Mengapa Wali Diwajibkan Untuk Pengantin Perempuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Mei 2023 – “Sampai skrg saya tak faham kenapa wajib ada wali untuk pengantin wanita sedangkan dewasa 18 tahun ke atas.

Tubuh dia, hidup dia, keputusan dia,” kata seorang peguam Melayu, Azira Aziz dalam Twitternya baru-baru ini.

Kenyataan ini dilemparkan susulan soalan seorang individu mengenai kes wali enggan, yang merupakan bapa kandungnya dalam sebuah group undang-undang.

BACA JUGA: Muzium Bakal Dibuka Di Tapak Bersejarah Bahtera Nuh, Turkiye

BACA JUGA: Aktivis Persoal Food Court Tidak Halal ‘Bangsa Johor’, Pinggirkan Umat Islam?

BACA JUGA: Umat Islam Tidak Perlu Ragu Arah Kiblat Masjid, Surau Di Selangor

Kata Azira, “Nak kahwin dgn pilihan diri kena mohon wali Hakim, Bapa tak guna tu enggan hadir di Mahkamah Syariah, satu kerja nak kena mohon Wali Enggan.”

Ujarnya lagi, “Bapa tu lesap 13 tahun lepas cerai dgn ibu nak ungkit balik masalah dgn ex wife bila anak yg ditinggalkan nak kahwin.”

“Sepatutnya Bapa ini dihukum kerana ini dikira penganiayaan kpd anak yg takde kena mengenai dgn masalah dia dgn ex wife,” katanya lagi yang juga merupakan seorang aktivis.

Tinjauan samudera.my di laman komen mendapati warga media sosial bangkit menegur peguam Melayu ini berikutan kenyataannya yang disifatkan seperti mempertikaikan hukum Allah.

“Sbb ada kes terpencil mcmni terus nk lekeh syariat agama? Utk handle isu mcmni ada jer kaedah dlm syarak/undang ² yg majlis agama kuatkuasa, cuma kadang ² tu pegawai agama ni pon ada yg b*ng*k niat menyusahkan org awam,” kata @LofiRamli, seorang pengguna Twitter.

Seorang lagi pengguna Twitter, @teatime_haniez berkata, “Something wrong with your statement sbb nmpk mcm tak belajar agama.

You should ask why perlu surat wali enggan & prosedur mengarut2 sedangkan secara logik dia dh tak nak jadi wali & tak peduli pasal anak dia, buat apa dia sign

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: