Terkini

Isu Pengampunan DS Najib, DAP Tidak Akan Kompromi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mei 2023 – Parti DAP tidak akan berkompromi dengan isu pembebasan bekas Perdana Menteri Najib Razak, kata bekas wakil rakyat parti, Ong Kian Ming.

Lapor portal tempatan, Ong berpendapat bahawa kompromi kerjasama antara DAP dan parti dalam Kerajaan Perpaduan masih boleh diterima namun bekas Ahli Parlimen itu mengingatkan ada batasan yang tidak boleh dilanggar Kerajaan.

“Saya rasa untuk akar umbi dan mungkin juga pemimpin DAP, ‘red line’ itu adalah pembebasan Bossku. Itu saya rasa sesuatu yang agak serius. Jika akar umbi melihat Kerajaan Perpaduan ini berusaha begitu keras untuk mempercepat pengampunan Bossku, ia akan mencetuskan rasa tidak puas hati,” katanya merujuk kepada nama gelaran Najib.

BACA JUGA: Gaji Pekerja Tempatan Tidak Setimpal, Tidak Berbaloi – Presiden UNI-MLC

BACA JUGA: TERKINI: Abai & Aniaya Remaja Sindrom Down, Siti Bainun Didapati Bersalah

BACA JUGA: Letupan Bom Di Jalan Klang Lama, Polis Buru Dua Suspek

Ong menjawab sedemikian selepas ditanya pandangan berhubung kompromi yang dibuat DAP dan PH oleh bekas pemimpin UMNO, Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin dalam sebuah podcast yang disiarkan di YouTube.

Tambahnya lagi, DAP juga mungkin boleh menerima kompromi seumpama isu pelantikan ahli politik dalam agensi Kerajaan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ong berkata, “Saya rasa sesetengah pemimpin DAP, seperti Charles Santiago yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), saya rasa dia memang seorang yang berkaliber dan boleh ambil jawatan itu.”

“Tetapi apabila ahli parti anda sendiri dapat jawatan, susah untuk kritik pihak lain (atas perkara sama).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: