Antarabangsa

Sepanyol Bakal Absahkan Seks Dengan Binatang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANYOL, 21 Februari 2023 – Perbuatan seks dengan binatang mungkin akan dibenarkan tidak lama lagi di Sepanyol, setelah para penggubal undang-undang mereka memuktamadkan deraf bagi sebuah pindaan bagi Kanun Keseksaan pada Isnin lalu.

Undang-undang tersebut adalah sebahagian daripada bil undang-undang Kebajikan Haiwan yang telah diluluskan oleh parlimen Sepanyol pada awal bulan ini dan kini ianya hanya menunggu kelulusan muktamad oleh Senat.

BACA JUGA: Berniaga Tanpa Izin, Perniagaan Warga Asing Di Pasar Harian Selayang Digempur DBKL, MPS

Bil undang-undang tersebut pada awalnya telah diperkenalkan okeh Menteri Hak Sosial Ione Belarra, yang mana ianya telah dipromosikan untuk melindungi kebajikan haiwan sama ada haiwan tersebut adalah haiwan liar atau haiwan belaan.

BACA JUGA: Dakwa ‘Kerajaan Bakal Buang 800,000 Penjawat Awam’, SKMM Siasat Awesome TV

Pindaan yang dilakukan itu adalah bertujuan untuk memperkenalkan beberapa perubahan pada Kanun Keseksaan Sepanyol, di mana sehingga tahun 2015 seks dengan haiwan adalah merupakan satu bentuk penderaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum selama setahun.

BACA JUGA: AWAS! Jabatan Kesihatan Labuan Larang Makan Hidupan Bercangkerang

Namun jika pindaan ini diluluskan, peraturan tersebut akan dimansuhkan dan akan diganti dengan undang-undang baharu yang dinamakan “jenayah terhadap haiwan”.

Undang-undang baharu itu hanya dapat menghukum pemilik haiwan yang melakukan perbuatan seks dengan haiwan sehingga sekiranya haiwan tersebut tercedera dan memerlukan rawatan veterinar.

Bil undang-undang yang baharu itu juga turut memperkenalkan hukuman penjara dan denda yang tinggi bagi perbuatan membunuh tikus di rumah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: