Tempatan

PDRM Serbu Lebih 500 Port Judi Online Di Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 08 Mei 2023 – Polis Kontinjen Johor telah menyerbu dan memeriksa sebanyak 554 premis judi online di seluruh negeri Johor Darul Takzim sejak awal Januari lalu.

Serbuan dijalankan menerusi Op Dadu Khas bermula 01 Januari hingga 06 Mei 2023 yang menumpukan kepada jenayah judi atas talian (JOL) dan pihak polis telah berjaya menangkap seramai 580 orang terdiri daripada 562 penjaga premis perjudian, manakala 18 orang lagi adalah pemain judi.

Menurut kenyataan media Ketua Polis Johor, Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat berkata kesemua suspek yang ditangkap berumur lingkungan 17 hingga 60 tahun.

Tambahnya, polis telah merampas beberapa barangan aktiviti jenayah tersebut iaitu 606 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 7 unit tablet, 6 unit laptop dan wang tunai bernilai RM190,890.

BACA JUGA: YDPA Al-Sultan Abdullah Ketua Negara Pertama Hadiri Istiadat Pertabalan Raja UK

BACA JUGA: UAE Rancang Bina Masjid Cetakan 3D Pertama Di Dunia

BACA JUGA: Kawasan Hijau KL Makin Kritikal

Sementara itu, sebanyak 44 buah premis pula diluluskan untuk tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lapan buah premis mendapat kelulusan pembatalan lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Bagi tangkapan ke atas individu yang terlibat dalam kegiatan perjudian atas talian akan disiasat dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang lima puluh ribu ringgit dan penjara tidak lebih tiga tahun,” ujar kenyataan sama.

Beliau menjelaskan, kejayaan operasi berkenaan adalah hasil risikan polis Johor dan sebahagiannya juga adalah daripada aduan dan maklumat orang awam.

Beliau turut menyeru orang awam, “Sekiranya terdapat sebarang maklumat kegiatan perjudian atas talian, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johor di talian 07-221 2999 atau 07-225 4677.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: