Tempatan

Kita Tiada Demokrasi Kerana Ada Undang-undang Menentang Komuniti Nyah – Sulastri Ariffin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Jun 2022 – “Apabila kita bercakap tentang demokrasi, untuk saya dan komuniti trans, kita tiada perkara tersebut. Ini kerana, pertamanya, kita ada undang-undang menentang komuniti trans,” berikut merupakan kenyataan Sulastri Ariffin, salah seorang ahli komuniti transgender.

Beliau turut mendakwa undang-undang tersebut telah menghalang mereka daripada bergerak secara bebas dan untuk “hidup bermaruah”.

“Ia menghalang kita dari bergerak dengan bebas dan untuk hidup dengan maruah,” ujarnya.

“Ia mengakibatkan kesukaran untuk berjuang bagi mendapatkan hak sama rata dan untuk bergerak secara kolektif,” tambahnya lagi.

Kenyataannya telah diterbitkan di laman Queer Lapis, sebuah laman web yang memfokuskan tentang perihal golongan LGBTIQ di Malaysia.

Terdahulu, Sulastri juga pernah mempersoalkan sama ada setiap agama di dunia menggalakkan pengikutnya untuk menghukum golongan “Mak Nyah”.

“Atau adakah setiap agama di dunia memang menggalakkan pengikutnya membenci, menghukum, menzalimi dan menyisihkan golongan Mak Nyah?” soalnya di laman MalaysiaKini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: