Tempatan

Wanita Ditahan Kerana Kura-Kura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Ogos 2022 – Seorang wanita tempatan berusia 38 tahun ditahan untuk membantu siasatan atas kesalahan menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen serta permit khas.

Dalam satu operasi, serbuan di sebuah premis restoran makanan di Bentong, Pahang, telah dilakukan oleh sepasukan anggota dari Perhilitan bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) kira-kira pukul 5 petang pada 20 Julai lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pasukan berjaya merampas spesies kura-kura seperti Juku Juku Besar, Baning, Chinse Stripe-Necked Turtle, Kura-Kura Katup dan Red-Eared Slider.

“Nilai kesemua rampasan kura-kura itu adalah dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati spesies kura-kura yang diletakkan di dalam kolam premis itu dipercayai hanya untuk dipamerkan namun tidak mempunyai permit khas pihak berkuasa.

Kesemua rampasan hidupan liar dilindungi itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk tindakan lanjut.

Kes sedang disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: