Tempatan

Sultan Johor Selesai Angkat Sumpah YDP Agong 17

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2024 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selesai melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 kira-kira pada jam 11.20 pagi di Istana Negara hari ini.

Istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan itu menandakan bermulanya tempoh pemerintahan lima tahun Seri Paduka Baginda sebagai tonggak kedaulatan dan perpaduan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, istiadat sama turut diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada istiadat itu juga, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: