Tempatan

Dituduh Kerana Kritik Perdana Menteri Adalah “Salah Guna Kuasa Dan Penindasan”-LFL

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2023 – Lawyers for Liberty (LFL) menyifatkan salah satu pertuduhan yang dikenakan terhadap Menteri Besar sementara Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor merupakan kritikan terhadap Perdana Menteri dan tindakan menggunakan Akta Hasutan ke atas Sanusi merupakan satu tindakan salah guna kuasa serta penindasan.

Kata Pengarah LFL, Zaid Malek dalam satu kenyataan,

“Pemeriksaan terhadap pertuduhan kedua mendedahkan bahawa ia tidak berkaitan dengan sebarang kritikan terhadap seorang Raja atau Agong. Ia sebenarnya adalah kritikan terhadap Perdana Menteri Anwar berhubung pembentukan Kerajaan Perpaduan, mempersoalkan dakwaan yang dibuatnya pada masa itu.”

BACA JUGA: JAIM Akan Libatkan Polis Jika Penganjur Acara Ratu Pondan Berdegil

BACA JUGA: ‘Setuju Allah Adalah Nabi Muhammad SAW’, PDRM Digesa Siasat Keluarga Ajaran Sesat

BACA JUGA: Kes Guru Ponteng: Tiga Bekas Pelajar Menang Saman, Pampasan RM50,000 Seorang

Beliau berkata, dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Akta Hasutan 1948 telah digunakan hanya kerana ia menyentuh ‘kedudukan, maruah Raja-Raja Melayu’ adalah tidak benar dan tindakan mengenakan akta tersebut ke atas Sanusi juga merupakan satu salah guna kuasa dan juga penindasan yang jelas dan mudah.

“Membenarkan Akta Hasutan digunakan dengan dalih melindungi kesucian institusi diraja boleh membawa kepada keburukan, kerana kerajaan boleh memanfaatkan hujah serupa untuk isu-isu lain, termasuk perkauman atau agama.

“Kualifikasi baru yang licik, rumit, seumpama Anwar ini hanya akan menyebabkan penggunaan Akta Hasutan 1048 menjadi semakin meluas,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak kerajaan agar menetapkan moratorium terhadap penggunaan Akta Hasutan 1948 dan menggugurkannya sepenuhnya dalam sesi Parlimen akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: