Tempatan

Buang Helaian Al-Quran, Lelaki Diberkas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEMPOL, 22 Januari 2023 – Polis memberkas seorang lelaki angkara membuang helaian serta cebisan al-Quran di Jalan Besar Palong pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hoo Chang Hook, suspek diberkas susulan tiga laporan polis yang diterima berkaitan kejadian terbabit.

Beliau dalam satu kenyataan pada Ahad lalu menjelaskan, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol pada jam 8.30 malam telah menerima satu laporan daripada seorang wanita memaklumkan melihat seorang lelaki menaiki motosikal melempar helaian serta cebisan al-Quran yang telah dikoyakkan di tepi Jalan Besar Palong.

Pihak polis turut menerima dua lagi laporan menjumpai helaian al-Quran dan senaskhah al-Quran di atas Jalan Besar Palong, katanya lagi.

Suspek bagaimanapun telah ditahan bersama senaskhah al-Quran dan hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.

Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek yang berusia 37 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahan lagi, suspek juga mempunyai dua rekod kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya serta satu rekod di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 298A dan 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan tidak melebihi lima tahun manakala hukuman di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata lanjut, permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan vieo dan gambar berkaitan kejadian di media sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: