Antarabangsa

Nasionalis Serbia Ikrar Bunuh Semua Muslim Bosnia 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAJEVO, 15 Januari 2022 – Perkembangan terkini di Bosnia menunjukkan tanda-tanda jelas, bahawa sentimen ancaman keganasan ke atas umat Islam Bosnia oleh puak nasionalis Serbia sedang disemarakkan dengan melampau.

Keadaan ini berikutan ucapan kebencian terhadap Muslim Bosnia oleh Milorad Dodik, anggota nasionalis Serbia yang juga merupakan salah seorang daripada tiga Presiden Bosnia.

“Tiada kebebasan untuk rakyat Serbia tanpa negara,” ujarnya.

Dalam kejadian terbaharu, sekumpulan Serbia melepaskan tembakan dari dalam kereta di kawasan masjid sewaktu jemaah Bosnia sedang menunaikan solat fardhu Subuh.

Tidak cukup dengan tembakan, nasionalis Serbia juga mengugut, mengejek dan menghina para jemaah yang berjalan keluar dari masjid di Janja Republika Srpska Entity, Bosnia.

Beberapa hari selepas kejadian tersebut, Muslim Bosnia ditakutkan pula dengan keadaan di mana nasionalis Serbia keluar ke jalan raya bagi meraikan hari kebangsaan, ‘Day of Republika Srpska‘, sambutan yang diharamkan di negara itu.

Golongan nasionalis Serbia menyambut hari itu dengan menyalakan obor sambil menyanyikan lagu memuja dan menjulang penjenayah-penjenayah perang yang terlibat dalam perang pembunuhan beramai-ramai Srebenica.

Perang Bosnia yang berlaku dari tahun 1992 hingga 1995 itu menyaksikan kira-kira 50,000 perempuan Islam Bosnia daripada pelbagai lapisan umur menjadi mangsa rogol beramai-ramai dan 2.2 juta lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing demi menyelamatkan diri dan keluarga daripada menjadi mangsa kekejaman tentera Serbia.

Muslimah yang sedang sarat mengandung juga tidak terlepas daripada kekejaman Serbia – bayi mereka dalam kandungan dicungkil keluar dengan tujuan menghapuskan kelahiran bayi etnik Islam Bosnia ke muka bumi ini – dalam keadaan ibunya dibelah hidup-hidup.

Sesetengah daripada wanita yang ditempatkan di kem tahanan pula dirogol berulang kali oleh tentera-tentera Serbia pada setiap malam.

Manakala lebih 8,000 lelaki dan remaja lelaki diburu dan dibunuh di sekitar Srebrenica oleh tentera-tentera Serbia.

Menurut Georgio Konstandi, editor Politika News, pada hari itu, nasionalis Serbia menyanyikan lagu popular Serbia yang menyeru etnik Serbia untuk menjajah Prizren, Dubrovnik, Cetinje dan Nevesinje.

“Laungan yang mengerikan seperti tahun 1990-an, sebelum berlakunya pembunuhan beramai-ramai,” ciapnya.

“Bayangkan menjadi mangsa yang terselamat dalam pembunuhan beramai-ramai petang ini, mendengar ini, perlu menidurkan anak-anak anda dengan keadaan ini sedang berlaku di luar rumah anda. Eropah gagal melindungi Bosnia pada tahun 1990-an dan kini gagal lagi,” ciap Smajo Beso, salah seorang ahli keluarga mangsa perang pembantaian Srebenica.

Tidak cukup dengan itu, nasionalis Serbia juga memenuhi beberapa buah bandar di Bosnia di malam hari sambil melaungkan kata-kata memuja serta menjulang penjenayah-penjenayah perang.

“Di beberapa buah bandar di Bosnia, beberapa sebelum hari kemerdekaan Republic of Srpska, kumpulan nasionalis melaungkan kata-kata memuja penjenayah perang. “General Ratko Mladić, praises to your mother!” Mladić dipenjara seumur hidup di Hague kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan.”

“Mereka yang menyambutnya menegaskan kembali komitmen mereka untuk mengulang semula peristiwa pada 90-an,” kata Smajo lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: