Antarabangsa

“Wanita Iran Tidak Perlu Penjaga”, Wakil Iran Ke PBB Hentam Barat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TiktokYoutubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAN, 25 Oktober 2022 – Zahra Ershadi tampil mengecam beberapa buah negara Barat yang yang cuba mempolitikkan hak wanita dan menegaskan bahawa wanita di Iran tidak memerlukan penjaga dan tahu bagaimana untuk melibatkan diri dengan kerajaan secara aman, lapor sebuah agensi media.

Beliau yang bersuara sebagai timbalan wakil tetap Iran itu memberi maklum balas kepada negara-negara Barat yang membuat dakwaan tidak berasas terhadap negaranya dengan menyatakan bahawa,

“Kami mengecam dakwaan ini yang tidak lebih daripada percubaan politik untuk mempolitikkan hak wanita kerana kami tidak melihat niat baik atau tulen di negeri-negeri ini untuk menyokong wanita Iran memandangkan kemunafikan mereka, standard berganda dan penerapan hak asasi manusia yang terpilih.”

Kami menasihatkan negara-negara Barat berkenaan bahawa mereka tidak perlu bertindak sebagai penjaga atau penjaga wanita Iran atau bercakap bagi pihak mereka,” ujarnya semasa berlangsungnya Debat Terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai Wanita, Keamanan dan Keselamatan beberapa hari lalu.

Menurut Zahra, wanita-wanita di Iran adalah ‘berpendidikan tinggi’ bijak, berdedikasi, patriotik, sedar akan hak mereka serta tahu cara untuk melibatkan diri dengan kerajaan secara aman bagi memajukan hak mereka.

Tambahnya lagi, salah satu contoh pemerkasaan wanita di Iran ialah, 73% profesional perubatan dan 49% doktor di Iran adalah wanita serta lebih daripada separuh pelajar universiti juga dalam golongan jantina yang sama.

Zahra Ershadi tampil mengecam negara-negara Barat tersebut adalah kerana mereka menyuarakan sokongan terhadap rusuhan ganas yang tercetus di Iran selepas seorang gadis muda Iran, Mahsa Amini meninggal di hospital beberapa hari setelah pengsan di sebuah balai polis di Tehran.

Rusuhan berkenan dikatakan telah meragut berpuluh-puluh nyawa daripada pasukan keselamatan dan orang yang tidak bersalah. Banyak negara Barat telah menyatakan sokongan mereka terhadap perusuh dalam tindakan yang disifatkan Tehran sebagai “menghasut” keganasan dan kebencian.

Samudera.my sebelum ini melaporkan kenyataan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdolaahian mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) yang cuba campur tangan serta melakukan hasutan bagi mewujudkan rusuhan dan ketidakstabilan di negara tersebut setelah kematian gadis tersebut.

Bersama rakan sejawatnya dari Iraq, Fuad Hussein, Amir-Abdollahian mengatakan bahawa AS telah mengambil kesempatan untuk merosakkan kestabilan Iran, mengorbankan nyawa rakyat Iran menggunakan senjata sendiri dan seterusnya meletakkan kesalahan tersebut kepada kerajaan Iran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: