Tempatan

Elak Hasil Negara Dirompak, PPIM Gesa Kerajaan Segerakan Program Subsidi Petrol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 25 Jun 2023 – Kerajaan digesa untuk menyegerakan pelaksanaan subsidi petrol bagi mengelakkan hasil negara dirompak secara terbuka, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan.

Gesaan ini adalah susulan daripada insiden dua individu dipercayai warga Singapura didakwa mengisi minyak ke dalam tong di sebuah stesen minyak di Johor, baru-baru ini.

“Bukan sahaja tidak ada tindakan dari Kerajaan Malaysia terhadap pelaku, di mana maruah kita sebagai sebuah negara?”

BACA JUGA: MAKLUMAN: Penutupan Jalan Sempena PKNS Selangor International Race 2023 Ahad Ini

BACA JUGA: Harga Beras Naik Bulan Depan – Mydin

BACA JUGA: 8 Empangan Seluruh Negara Berada Di Paras Amaran

“Adakah pihak berwajib kita sudah tidak ada rasa sayang dan cintakan negara lagi? Bersusah payah barisan hadapan negara menjaga keamanan negara, warga asing boleh suka-suka merompak harta kita?” soalnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan adakah tindakan warga asing tersebut dibenarkan serta apakah tindakan bagi memastikan kumpulan warga asing itu tidak menyeludup petrol bersubsidi ke luar negara.

Minggu lalu, tular sebuah video yang memaparkan dua orang lelaki dipercayai warga Singapura yang berang apabila ditegur rakyat tempatan yang juga seorang penghantar makanan kerana mengisi minyak ke dalam tong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: