Antarabangsa

Kepala Babi Diletakkan Di Masjid Perancis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIS, 04 Februari 2022 – Serangan Islamofobia dilihat semakin menjadi-jadi berlaku di negara Perancis.

Terbaharu, sebanyak dua serangan terhadap Muslim dilaporkan berlaku di dua tempat berbeza.

Menurut AA, satu serangan berlaku di mana kepala dan kulit babi diletakkan di hadapan pusat komuniti Islam, wilayah barat daya Toulouse.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Manakala, satu lagi serangan melibatkan sebuah kedai sembelihan dan barangan runcit milik Muslim di bandar Bon-Encontre.

Pihak bomba menyatakan, penyerang membakar kedai tersebut sehingga menjadi abu dan melukis dua simbol swastika. Tiada kematian dilaporkan berlaku.

European Collective for Struggle against Islamophobia, sebuah advokasi bukan untung mengaitkan serangan-serangan itu dengan Zone Interdite, sebuah program TV yang secara khusus memfokuskan pada dakwaan ancaman Islamisme radikal.

Terdahulu, TRTWORLD melaporkan, penganalisis menyatakan bahawa Muslim Perancis adalah kambing hitam terbaru di Perancis, menggantikan puak Yahudi.

“Tindakan-tindakan yang diambil terhadap Muslim sejak tahun 2000an sangat mirip dengan anti-semitism Perang Dunia Kedua,” kata penganalisis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: