Antarabangsa

Istana Purba Bawah Makam Nabi Yunus Ditemui

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSUL, 20 Oktober 2022 – Sebuah istana purba Assyria ditemui di bawah makam Nabi Yunus oleh ahli arkeologi dalam sebuah misi di Mosul, Iraq.

Misi yang diketuai kumpulan dari Jerman serta beberapa negara lain itu digerakkan beberapa tahun lalu selepas makam Nabi Yunus dimusnahkan oleh kumpulan militan Daesh pada 2014.

Penggalian terowong ke sisi bukit di bawah kuil telah membawa kepada penemuan istana seorang raja Assyria purba yang memerintah kira-kira 2,700 tahun lalu.

Pasukan itu juga berjaya menyusun semula dimensi istana termasuk ruang takhta.

Dengan penemuan terowong itu, ahli arkeologi kini mengumpulkan maklumat mengenai istana itu.

Selain itu, artifak kuno dan lembu jantan serta singa bersayap juga ditemui dalam terowong itu dan dianggap sebagai sebahagian daripada istana Raja Esarhaddon.

Di samping itu, pasukan penggalian juga telah menemui relief ukiran batu yang monumental.

Tarikh relief ukiran batu itu bermula pada era Raja Assyria Sinharib yang memerintah dari 705 hingga 681 SM, kata Pengarah Lembaga Antikuiti dan Warisan Negara Iraq Dr Laith Majid Hussein.

Kerja-kerja penggalian masih berlangsung dan dijangka berakhir hujung tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: