Tempatan

PBT Digesa Aktif Selenggara Perparitan Elak Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PUTRAJAYA, 20 Disember 2022 – “Saya juga menggesa PBT memantau dan memastikan pemaju projek pembangunan supaya sentiasa menyelenggara parit, longkang, sistem pembentungan dan kolam takungan serta menjaga kebersihan kawasan pembangunan di bawah kawalan masing-masing,” ujar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Nga Kor Ming.

Gesaan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat KPKT itu adalah bagi melipat gandakan usaha penyelenggaraan sistem perparitan untuk menebat banjir kilat ketika Monsun Timur Laut (MTL) melanda.

Menurut Nga Kor Ming, tindakan proaktif ini adalah demi kesejahteraan rakyat dan dapat mengurangkan risiko banjir dengan lebih berkesan selain menggesa semua PBT memastikan anggota, fasiliti, peralatan dan jentera mereka sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Tambahnya, selain mengenal pasti kawasan yang berisiko menyebabkan banjir, PBT juga perlu melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan parit, longkang serta kolam takungan bagi melancarkan aliran air seperti membuang kotoran atau longgokan sampah dalam parit dan memotong rumput di sepanjang sistem perparitan yang menyekat laluan air.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa MTL atau musim tengkujuh akan bermula lebih awal daripada jangkaan iaitu, 07 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023.

Malah, METMalaysia juga baru-baru ini mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga 21 Disember 2022 dengan melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: