Antarabangsa

Raudhah Hanya Boleh Dimasuk Sekali Setahun Sahaja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 21 Disember 2023 – Tempahan slot memasuki Raudhah kini hanya dibenarkan setahun sekali sahaja.

Menurut akaun Haramain iaitu sumber atas talian terbesar untuk rakaman dan berita tanah suci Mekah dan Madinah di platform X, tempahan Raudhah kini telah berubah kepada sekali setiap 365 hari.

Perubahan besar itu menerima pelbagai reaksi netizen apabila ada yang mengatakan, “Ini sangat tak bagus. Kalau seseorang terlepas giliran mereka, dia perlu menunggu setahun. Mereka tak selalu ziarah dan tak mampu juga jika terlepas giliran.”

Sementara itu, seorang lagi pengguna X meluahkan, “Kenapa kamu membuat segalanya lebih sukar untuk jemaah. Ini adalah tempat yang diberkati dalam Islam, tetapi kamu menjadikannya sangat tidak boleh diakses oleh ramai jemaah.”

Dalam pada itu, berita sama turut dikongsi di Tiktok oleh seorang yang dipercayai merupakan mutawwif umrah yang memberi maklum balas bahawa beliau masih boleh memasuki Raudhah meskipun sudah pergi 5 kali pada tahun ini.

Beliau juga menyatakan ketidakpastian bilakah perubahan itu akan berkuat kuasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: