Tempatan

Retorik Jatuhkan Kerajaan, Hadi Awang, Shahidan Kassim Disiasat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Jun 2023 – Pihak polis kini sedang menyiasat Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim berikutan kenyataan yang telah dibuat oleh mereka berdua mengenai hal menjatuhkan Kerajaan.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menerusi jawapan balas tertulis Parlimen di mana katanya Hadi Awang kini sedang disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Kesiksaan.

BACA JUGA: “Daripada Angkat Bak Kut Teh, Baik Isytihar Sup Ekor Sebagai Makanan Kebangsaan” – Mantan Presiden ISMA

BACA JUGA: WASPADA! Obor-Obor ‘Biru’ Membawa Maut

BACA JUGA: Kumpulan Lapor Polis, Dakwa Kanak-Kanak Hindu Didakyah Kumpulan Kristian

Manakala Shahidan Kassim pula sedang berada dalam siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada bulan Disember tahun lalu, Ahli Parlimen Arau itu telah mengeluarkan sebuah kenyataan dengan mengatakan bahawa terdapat usaha-usaha yang sedang dijalankan bagi meletakkan Pakatan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan.

Manakala Hadi Awang pada bulan Mac lalu telah membuat jangkaan bahawa Kerajaan yang kini dipimpin oleh Anwar Ibrahim akan mengalami kejatuhan dalam masa terdekat.

Dalam mempertahankan kenyataan beliau, Hadi Awang telah menyatakan bahawa di dalam negara demokrasi, tindakan menjatuhkan seseorang Perdana Menteri melalui Parlimen adalah sesuatu yang dapat diterima.

Saifuddin dalam kenyataan yang sama turut menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak polis dan Jabatan Peguam Negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: