Tempatan

Untuk Maju Ke Depan Kita Harus Memandang Ke Belakang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Februari 2023 – Pengerusi PEMBELA, Mahmud Hishamuddin menyifatkan sejarah seperti ‘cermin kereta yang digunakan untuk melihat ke belakang’.

Apabila diajukan soalan oleh wartawan samudera.my berhubung pandangan beliau, sekiranya dikatakan individu yang mengkaji sejarah tradisi Melayu ini regresif, beliau menjawab,

“Siapa yang tidak ada latar belakang sejarah peradaban melayu ni sebenarnya regresif. Kerana ibarat kita sedang memandu, kita kena ada cermin nak tengok kereta belakang tu.”

“Kita kena ada guide ke mana nak pergi. Cuba bayangkan awak bawa kereta takde lampu belakang, ha itulah,” katanya.

Sementara itu, beliau juga memberikan pandangan terhadap kenyataan bahawa individu yang mengkaji sejarah Melayu dan bangsa adalah rasisme.

BACA JUGA: Khitan Cara Islam Selamat, Tidak Jejas Hal Hawa – Mufti Pulau Pinang

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye-Syria: 20 Banduan Berjaya Lolos

BACA JUGA: Saudi Perluas Tanah Perkuburan Bukan Islam

Tegas aktivis Islam itu lagi ketika ditemu ramah, “Siapa yang buat kenyataan tersebut adalah dia punya definasi rasis tu agak terbatas lah. Saya rasa dia tak kaji epistemologi rasis tu kerana maksud rasis dalam konteks kita adalah lain. Kita akan bentuk positif. Sayang bangsa dan kita jangan hipokrit semua orang kalau sayang bangsa. So, it’s not about racism.”

Di kesempatan itu, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Bahasa Pustaka (DBP) kerana sudi bekerjasama dengan PEMBELA dalam menjayakan Forum Peradaban Melayu pada 04 Februari lalu.

Forum yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka itu diadakan bagi merungkai dan berkongsikan segala fakta berkaitan sejarah peradaban alam Melayu serta segala kehebatan bangsa Melayu zaman kuno yang jarang dikongsikan kepada umum.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: