Antarabangsa

GEMPAR! 21 Maut, Minum Arak ‘Beracun’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HUANUCO, 20 Oktober 2022 – Sekurang-kurangnya 21 orang maut selepas meminum sejenis arak buatan sendiri dipercayai mengandungi racun di bandar Huanuco, Peru minggu lalu, lapor sebuah portal berita tempatan.

Sebahagian besar mangsa didapati telah meninggal dunia sewaktu ketibaan pihak berkuasa namun sebilangan daripadanya sempat dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Pihak berkuasa bagaimanapun mengenal pasti punca keracunan dengan mengambil sampel pelbagai jenis arak di pasaran.

Biarpun begitu, dakwa pihak berkuasa, mereka masih belum dapat mengenal pasti di mana minuman keras tersebut dihasilkan

Lapor portal tersebut, berkemungkinan siasatan untuk mengenal pasti punca keracunan akan mengambil masa untuk beberapa minggu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: