Tempatan

1 April Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan tarikh permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah pada Jumaat, 1 April ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja seperti yang dilaporkan Harian Metro, jawatankuasa berkenaan diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi seluruh negara.

Antara lokasi yang terpilih adalah Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Pontian Kecil, Johor; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Kenyataan tersebut turut menyenaraikan beberapa lokasi di utara tanah air iaitu Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi serta Menara Alor Setar, Kedah; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu menjadi empat kawasan terpilih untuk melihat anak bulan di negeri Terengganu.

“Manakala, Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu, Kelantan.”

Bagi Negeri Pahang pula melibatkan kawasan Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindung, Kuantan.

Tambah kenyataan tersebut, antara tiga kawasan terpilih di Sarawak adalah Esplanade Luak, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu serta terdapat satu lokasi yang ditetapkan di Sabah iaitu Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan.

Di Wilayah Persekutuan, ia meliputi lokasi di tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur serta Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa cara penetapan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: