Tempatan

Mentega Terbang: Tidak Termasuk Dalam Kerangka Kebebasan Berpendapat – Presiden MAPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2023 – “Saya kira ‘dia’ (Mentega Terbang) tidak masuk dalam kerangka kebebasan berpendapat. Kita harus juga kebebasan pendapat itu menjaga batas-batasnya. Jadi tidak boleh secara mutlak kita menyatakan kebebasan berpendapat itu boleh dibuat dalam bentuk dan isu apa pun,” ujar Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurutnya, sensitiviti masyarakat terutama dalam soal agama yang berkait dengan agama Islam yang sudah berkali-kali orang nak mengatakan apa sahaja atas nama kebebasan pendapat itu bagi saya kita tak boleh terima, kita tolak itu.

Jadi, pihak-pihak menyatakan Kerajaan Madani sekarang ini memberi kebebasan itu tapi saya kira maksud Madani juga menekankan soal hormat kepada pihak lain.

Jadi kalau dia membuat Mentega Terbang itu tidak menghormati pandangan umum, tidak harus kita dengan itu menerima bahawa filem ini adalah atas dasar kebebasan pendapat.

Yang paling penting adalah respon banyak pihak terutama pihak berkuasa agama. Sebab kalau dibiarkan ia akan mencetuskan tindakan-tindakan yang mungkin kita tak boleh kawal kerana ada orang yang emosinya, emosi yang sukar untuk dia kawal jadi kita tak mahu orang mengambil undang-undang di tangan masing-masing, itu yang pertama.

Jadi, caranya ialah pertama, pihak berkuasa mesti menyatakan bahawa pihak yang terlibat dalam pembuatan filem ini walaupun sudah ditayangkan pada 21 dan 22, tetapi sekarang ini dia terus melakukan itu harus dipanggil untuk mengadakan suatu perbincangan supaya mereka faham.

Penegasan ini, saya rasa paling wajar supaya, okey dia telah buat, kita rasa ini tidak betul, okey sila pihak yang berkenaan ini pun harus dengan sukarela datang berbincang dengan pihak berkuasa dan kita harus terangkan batas-batasnya.

Yang ketiga, semestinya, masyarakat juga diberi maklumat yang tepat supaya kalaupun kita bantah kita ada maklumat yang sahih.

Jadi, jangan terlibat dalam hal-hal yang tidak faktual ataupun lebih kepada emosional. Jadi penerangan itu perlu, terutama NGO-NGO menggunakan dengan lebih berfakta bahawa inilah sebabnya kita tidak boleh berdiam diri dan kita kena bagi tahu bagi pihak berkenaan, tidak boleh melakukan benda yang begini, yang menyentuh sensitiviti agama.

BACA JUGA: Guan Eng Nafi Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Syed Mokhtar Al-Bukhary

BACA JUGA: Angin Kencang Dan Laut Bergelora Dijangka Berlaku Isnin Ini

BACA JUGA: Mentega Terbang: Malaysia Madani Perlu Kepelbagaian Sudut Pandangan – NGO

Ditanya apakah tindakan tuntas yang perlu diambil Kerajaan bagi mengelakkan peristiwa sebegini berulang dan menjadi polemik toksik?

Menurut Mohd Azmi, pertamanya, pihak berkuasa harus menjalankan, bermula daripada peristiwa ini dan sebenarnya peristiwa-peristiwa sebelum ini pernah berlaku, maknanya kita panggil intimidasi, dengan macam-macam yang telah kita bagi.

Tetapi sekarang ini timbul yang ini pula, jadi saya fikir sampai masanya pihak berwewenang, pihak berkuasa, menjelaskan kesemua hal yang ada kaitan dengan pendapat-pendapat orang ramai, yang di luar kawalan, yang walaupun dia tidak tahu agama tetapi dia juga nak membuat komentar atas nama kebebasan pendapat. Jadi pihak berkuasa harus cepat menerangkan kepada masyarakat tentang batas-batasnya.

Yang kedua, nak diambil tindakan kerana dia bukan ditayangkan di pawagam. Tetapi tetap, kerana dia orang Islam dia orang Melayu dan dia Warganegara, dengan segera harus ada satu interaksi dan menerangkan kepada mereka itu, kenapa perkara itu tidak boleh dibuat selepas ini lagi dan terserahlah kepada masyarakat bahawa kita tak mahu benda ini berulang lagi kerana kita menjelaskan kepada mereka dan semua sutradara ataupun mereka yang dalam bidang seniman harus tahu bahawa di negara kita ini jangan samakan dengan negara lain atas nama yang dipanggil Malaysia Madani.

“Saya kira orang nak cuba mencemuh dan mengait nama Islam Madani tentang filem-filem ini adalah tidak wajar kerana ia tidak ada kait sama sekali. Cuma Kerajaan kena menyuarakan dengan tegas,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: