Tempatan

Pornografi Kanak-Kanak: Mudahkan Proses Aduan – Wong Poai Hong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 13 September 2022 – Pengarah Eksekutif, Childline Foundation, Wong Poai Hong, menggesa pihak Kerajaan untuk memudahkan proses aduan jenayah seksual dilakukan.

Katanya, biarpun aduan mengenai pornografi kanak-kanak ini boleh dibuat secara dalam talian melalui portal Kerajaan, namun ia masih memerlukan pengadu untuk melaporkannya kepada pihak polis.

Susulan itu, mereka berkemungkinan akan berasa malu untuk melaporkannya tanpa memberitahu nama.

“Sebab itu mereka tidak selesa untuk pergi ke balai polis.”

“Sesetengah balai polis tidak mempunyai unit D11 atau pegawai yang terlatih dalam mengendalikan kes berkaitan kanak-kanak seperti itu,” katanya.

Ketua organisasi Suara Kanak-kanak, Sharmila Sekaran turut berkata pihak berkuasa perlu meyakinkan orang ramai bahawa mereka tidak akan dihukum sekiranya mereka tanpa sengaja menjumpai pornografi kanak-kanak kerana jika di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak, adalah menjadi satu kesalahan untuk menghasilkan, mengakses, memiliki, menukar dan menjual pornografi kanak-kanak.

“Jika anda melaporkan perkara ini, adakah anda akan dianggap sebagai seseorang yang sengaja melihat imej atau video ini? Atau adakah polis akan berterima kasih untuk khidmat anda dan pergi?” soalnya.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai tindak balas kepada laporan bahawa pihak polis mengenalpasti 106,764 protokol internet (IP) berdaftar Malaysia disyaki digunakan untuk berkongsi pornografi kanak-kanak.

Pada tahun 2018, sebuah portal tempatan melaporkan alamat IP Malaysia merupakan antara negara tertinggi dalam memuatnaik dan memuat turun gambar serta visual pornografi kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: