Terkini

Rejim Zionis Beli Pulau Di Bahrain, Aktivis Label Tindakan Bahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAHRAIN, 14 Februari 2023 – Laporan yang menyebutkan bahawa Israel telah membeli sebuah pulau di Bahrain, yang mana ianya adalah salah sebuah langkah “normalisasi” oleh negara Yahudi tersebut telah menimbulkan kemarahan ramai orang di media sosial.

Beberapa laman web berita berbahasa Arab telah menyatakan bahawa TV7 Israel News telah melaporkan yang sebuah syarikat Israel, Himnota yang dimiliki oleh Jewish National Fund telah membeli sebuah pulau persendirian yang bersaiz sekitar 9,554 kilometer persegi.

BACA JUGA: Cemar Air, SPAN Cadang Naikkan Denda Sehingga RM20 Juta, 20 Tahun Penjara

BACA JUGA: PBB Mengaku Gagal Salur Bantuan Kemanusiaan Kepada Syria

BACA JUGA: Perkhidmatan Awam: Ini Soal Gaji, Bukan Peluang & Perkauman – Wan Ahmad Fayhsal

Pulau tersebut telah dilaporkan dibeli oleh sebuah badan yang bersifat ‘ultra-right’ Israel dengan harga $21.5 juta melalui sebuah lelongan.

Saluran TV7 tersebut telah mendakwa bahawa pulau itu adalah tempat kediaman dan sesuai untuk projek-projek pelaburan. Bangunan-bangunan pencakar langit juga dikatakan boleh dibina di pulau tersebut.

Selain itu, pulau tersebut turut dikatakan boleh menjadi tempat perpindahan warga Israel jika mereka berdepan dengan peperangan.

Berita pembelian pulau tersebut telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan para aktivis Bahrain dan para pengguna media sosial yang menzahirkan kebimbangan mereka berkenaan hal itu yang dikatakan permulaan bagi satu lagi pendudukan Israel di wilayah Arab.

Jawad Fairooz, mantan ahli parlimen Bahrain mengatakan bahawa laporan mengenai pembelian pulau tersebut adalah “sesuatu yang sangat bahaya dan sebuah petanda yang membimbangkan”.

Warga Bahrain juga telah beberapa kali menzahirkan penolakan mereka terhadap “normalisasi” hubungan negara tersebut dengan Israel melalui beberapa cara termasuklah dengan melakukan beberapa siri demonstrasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: