Terkini

Wartawan AS Kurang Sopan, ‘Bodoh’ & Tanya ‘Soalan Bodoh’ – Joe Biden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 17 Februari 2023 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sekali lagi bersikap tidak mesra wartawan apabila beliau merungut terhadap para wartawan dan tidak mahu menjawab sebarang soalan pada penghujung sidang media pada Khamis lalu.

Biden merungut menyatakan para wartawan yang membuat liputan mengenai beliau sepatutnya terdiri daripada “orang yang lebih beradab”.

BACA JUGA: Langgar & Seret Sampai Mati, Dua Suspek Diburu

BACA JUGA: RM145 Bilion KWSP Dikeluarkan Semasa Era Covid-19 Dedah Kementerian Kewangan

BACA JUGA: Cabaran Perlembagaan Undang-Undang Syariah Kelantan Ditetapkan 26 Mei Ini

Perbuatan Biden pada Khamis lalu itu merupakan contoh terbaharu dalam menunjukkan sikapnya yang mengkritik para wartawan AS dengan dakwaan tidak sopan, “bodoh”, ataupun bertanya soalan “bodoh”.

Pada Khamis lalu, Biden sedang memberikan kenyataan ringkas berkenaan tindakan negara tersebut dalam isu objek terbang yang tidak dapat dikenalpasti. Sewaktu membuat penggulungan bagi kenyataannya, beliau ingin menamatkan sesi tersebut namun dihentikan dan berpaling berikutan para wartawan menanyakan banyak soalan kepadanya.

Pada sesi tersebut beliau turut ditanyakan mengenai isu sama ada hubungan beliau dengan China itu terjejas berikutan hubungan perniagaan keluarganya.

Pada tahun lalu, Biden pernah ditanya mengenai sama ada beliau percaya bahawa inflasi yang berlaku adalah merupakan “liabiliti politik”, namun beliau kedengaran mengatakan melalui mikrofon dengan kata-kata yang tidak sopan. Katanya,

What a stupid son of a b****.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: