Tempatan

Bayaran Kenaikan Elaun Guru KAFA Akan Diuruskan – JAKIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 April 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi jaminan akan menguruskan pembayaran kenaikan elaun kepada guru KAFA.

Selain itu, bayaran bantuan one-off kepada Imam, Bilal, Siak, guru KAFA dan Takmir 2023 juga akan turut diuruskan.

“JAKIM akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui Kerajaan Negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima,” kata Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd. Yusoff dalam satu kenyataan. https://www.instagram.com/p/Cq90HF0OHnP/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

BACA JUGA: Dakwaan Rasuah Babitkan Pekerja Asing, Bekas Pemimpin Muda DAP Ditahan SPRM

BACA JUGA: 133,436 Permohonan Kewarganegaraan Anak Angkat, Diberi Keutamaan – Menteri

BACA JUGA: YDPA Titah Penceramah Negeri Pahang Perlu Dapat Tauliah MUIP Dan JAIP

“Pembayaran kenaikan elaun Guru KAFA akan dibayar secara tunggakan bermula Januari 2023 kepada semua Guru KAFA di seluruh negara,” tambah beliau.

Ujarnya, JAKIM amat memahami akan kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA dan bantuan secara one-off kepada imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

Oleh itu,Datuk Hajah Hakimah menegaskan, dengan kenyataan ini, JAKIM menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: