Tempatan

Saudi Latih Petugas Haji Di Malaysia Kali Pertama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2023 – Kementerian Haji dan Umrah Saudi (MoHU) telah menganjurkan sesi latihan pertama kepada petugas ibadah haji di Malaysia.

Latihan tersebut dilaksanakan dengan gabungan bersama Pusat Pelesenan dan Latihan Pekerja Sektor Perkhidmatan Jemaah untuk melatih serta melayakkan pekerja luar Arab Saudi bekerja semasa musim haji sebelum kedatangan mereka ke Tanah Suci.

Kursus itu melibatkan delegasi yang terdiri daripada beberapa agensi kerajaan dan wakil sektor swasta di Arab Saudi serta kehadiran lebih 30 ketua jemaah haji Malaysia.

BACA JUGA: Hujan Berterusan, Trend Aras Air Di Sarawak Kini Di Aras Bahaya 

BACA JUGA: ‘Ummi’ Ditahan, Aktifkan Kembali Ajaran Sesat Di Negeri Sembilan

BACA JUGA: Hina YDPA, Pekebun Didenda RM6,500

Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah juga berkesempatan menghadiri program latihan petugas haji 1444 Hijrah semasa lawatan rasminya ke Malaysia baru-baru ini.

Menurut MoHU, program tersebut merangkumi penerangan terperinci perjalanan jemaah haji daripada saat meninggalkan negara, penerangan semua prosedur semasa melaksanakan ibadah dan kemahiran menguruskan orang ramai semasa menunaikan haji.

Bukan itu sahaja, program latihan itu turut memberi faedah kepada petugas seperti memperoleh pentauliahan daripada Kementerian, mendapat sijil profesional yang diluluskan, meningkatkan kecekapan kader insan petugas haji, mencapai integrasi seiring pembangunan perkhidmatan jemaah serta mengukuhkan kerjasama dengan pihak swasta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: