Tempatan

Daftar Pengundi Tambahan Bulan Ogos 2022 Kini Dibuka Untuk Semakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 16 September 2022 – Menurut makluman, orang ramai kini boleh menyemak Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2022 (DPT BLN8/2022) yang telah diperakui serta diwartakan semalam dan dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 14 Oktober depan.

“Semakan boleh dibuat menerusi pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; aplikasi online https://myspr.spr.gov.my; atau hotline SPR di talian 03-8892 7018,” ujar Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.

Beliau turut menjelaskan bahawa DPT BLN8/2022 mengandungi nama bagi 43,508 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Ogos hingga 30 Ogos 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Turut dibuka untuk semakan menerusi DPT BLN8/2022 adalah nama 19,868 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 6,544 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi, jelas beliau.

“Warganegara berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Ogos lalu serta mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status diseru untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN8/2022.”

Setelah semakan dibuat, orang ramai juga boleh membuat tuntutan atau bantahan kepada SPR melalui Pejabat Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Datuk Ikmalrudin Ishak.

“Maklumat lanjut mengenai urusan semakan DPT BLN8/2022 boleh didapati dengan melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat PRN.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: