Tempatan

Tidak Cukup Pemandu Punca Tiada Bas Tambahan Raya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 12 April 2023 – “Saya difahamkan ada pengusaha bas ekspres tidak mempunyai lebihan bas dan ada di antaranya tidak cukup pemandu, ia antara punca utama tiada permohonan bas tambahan,” ujar Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn. Bhd., Datuk Hasnoor Husin kepada akhbar tempatan.

Katanya, walaupun tiket ke Pantai Timur dan Utara sudah habis dijual dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, Melaka Sentral masih belum menerima sebarang permohonan bas tambahan daripada syarikat-syarikat bas ekspres.

Pihaknya difahamkan rata-rata pengusaha sedang berdepan isu kekurangan pemandu dan tidak mempunyai lebihan bas untuk menyediakan bas tambahan.

BACA JUGA: 2 Warga Indonesia Larikan Diri Dalam Perjalanan Ke Penjara Kini Diburu

BACA JUGA: Sulu: Fuad A Kiram Diklasifikasikan Pengganas

BACA JUGA: Kementerian Pendidikan Umum Cuti Khas Raya 19 April Ini

Jelas Hasnoor, “Tiket ke Kota Bharu, Kelantan habis dibeli pelanggan pada 13 April lalu manakala ke Terengganu pula sejak 18 April. Bagi destinasi ke Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak tiket turut habis dijual pada 18 April.”

“Hanya tiket bagi perjalanan ke Pahang, Kuala Lumpur dan Johor masih dijual kepada orang ramai setakat ini.”

Tambah Hasnoor, sekiranya ada syarikat yang menyediakan bas tambahan ke Pantai Timur dan Utara, pihak Melaka Sentral akan membuat hebahan segera agar orang ramai mudah pulang ke kampung halaman.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa syarikat bas ekspres hanya akan menyediakan bas tambahan ke suatu destinasi sekiranya mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

“Melaka Sentral juga memberi jaminan tidak akan ada penumpang yang akan tercicir untuk pulang ke kampung menggunakan terminal kami.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: