Tempatan

Operasi Pembenihan Awan Dijangka Bermula Akhir Bulan Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 27 April 2023 – Operasi pembenihan awan di Pulau Pinang dijangka bermula akhir April ini, ujar CEO Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Ir. Pathmanathan K. dalam sebuah siaran media.

Katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah menyarankan agar gelombang pertama operasi ini dijalankan dari 29 April 2023 hingga 07 Mei 2023 menyasarkan kawasan tadahan air untuk Empangan Air Hitam dan Empangan Teluk Bahang.

Objektif utama projek adalah untuk mendorong hujan lebat mengisi kedua-dua empangan tersebut dan bagi mencapai objektif demikian, pihak terlibat perlu memastikan keadaan cuaca bersesuaian agar kesan operasi pembenihan awan dapat dimaksimumkan.

Jelas Pathmanathan, kapasiti efektif kedua-dua empangan telah menyusut, di mana Empangan Air Hitam sebanyak 37.7% dan Empangan Teluk Bahang sebanyak 15% sejak 01 Januari lalu. Hal ini disebabkan hujan yang rendah di kawasan tadahan air dan permintaan air yang tinggi di Pulau Pinang pada tahun ini.

BACA JUGA: Operasi Pembenihan Awan Dijangka Bermula Akhir Bulan Ini

BACA JUGA: Dua Jenama Mi Segera Diarah Tarik Balik, Mengandungi Bahan Berbahaya

BACA JUGA: Al-Quran Ditemui Dalam Dasar Laut, Masih Boleh Dibaca

Sementara itu, beliau memaklumkan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan bajet RM400,000 untuk membiayai operasi pembenihan awan.

PBAPP juga menerima respon tepat pada masanya daripada beberapa agensi berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), METMalaysia dan Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang (BKSA).

Menurut beliau, pesawat TUDM akan digunakan dan dijangka berlepas dari Pangkalan Udara Subang di Selangor, manakala hasil gelombang pertama operasi ini akan dilaporkan oleh PBAPP.

“Harap maklum bahawa ia akan mengambil masa beberapa hari, selepas misi pembenihan awam TUDM dijalankan, untuk hujan berlaku dan air hujan mengalir ke empangan.”

Mengulas lanjut, PBAPP turut menggesa pengguna air negeri itu supaya mengurangkan penggunaan air harian mereka sekali gus mengamalkan langkah penjimatan air seperti mengurangkan kekerapan mencuci kenderaan, elakkan penggunaan hos, singkatkan masa mandi dan lain-lain lagi.

Untuk sebarang tip penjimatan air domestik, orang ramai boleh melayari laman web www.pba.com.my.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: