Tempatan

SOP Lombong REE Akan Diumumkan Segera – Sanusi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 16 Ogos 2023 – Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menurutnya, Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengumumkannya tidak lama lagi selepas kertas cadangannya dibentangkan pada mesyuarat sebelum ini.

Mengulas lanjut, Sanusi berharap perkembangan ini akan menghentikan segera semua polemik berkaitan perlombongan REE yang didakwa haram.

BACA JUGA: Sabah Boleh Perluas Bilangan Spesies Terancam – Timbalan Menteri

BACA JUGA: Padah Buang Sampah Tepi Pantai, Pekerja Pembersihan Dibuang Kerja

BACA JUGA: DPPK Bantah Jemputan Terbuka Pesta Songkran

“REE tidak haram, yang curi sudah ditangkap tetapi kita ikut prosedur jadi tak haram. Ada 59 lombong haram REE di seluruh negara sila pergi siasat di negeri lain bukan di Kedah.”

“Jangan dok tuju kat Kedah sahaja. Ada 59 lombong REE di tempat lain, (kenapa) tak tanya pun mereka, pergi tanya MB (Menteri Besar) Perak, MB Pahang dan MB Negeri Sembilan,” katanya dalam program pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah, pada Rabu.

Isu perlombongan haram REE menjadi topik perdebatan hangat antara Sanusi dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menjelang PRN Sabtu lepas.

Sebelum ini, media melaporkan Sanusi memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana mengaitkannya dengan kecurian REE di Bukit Enggang, Sik.

Menurut Sanusi, dakwaan yang dilemparkan terhadapnya mencemarkan nama baiknya sebagai ahli politik, mencetuskan persepsi negatif orang ramai terhadapnya sebagai tokoh politik yang melaksanakan prinsip Islam dalam pentadbiran negeri Kedah, dan mengganggu tumpuannya terhadap tugas hariannya sebagai Menteri Besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: