Antarabangsa

Dakwaan Asid Benzoik Dalam Kicap, Singapura Tarik Balik Produk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 04 September 2022 – Singapura menarik balik kicap dari Malaysia kerana didakwa mengandungi asid benzoik yang melebihi had seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Makanan Singapura.

Kicap dengan jenama Hand Flower itu didakwa tidak menyatakan penggunaan asid benzoik pada label pembungkusan makanannya, menurut sebuah portal berita.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Agensi Makanan Singapura mengarahkan pengimport, Hen Yoon Trading Pte Ltd untuk menarik balik kicap dengan nombor kelompok KSSO 125 serta tarikh gunanya sebelum 26 Julai.

“Pengguna tidak boleh mengambil makanan yang mengandungi tahap asid benzoik yang tinggi pada tempoh lama.”

Menurut Peraturan Makanan Singapura, pengambilan makanan yang tinggi kandungan asid benzoik berisiko menyebabkan gangguan pada sistem saraf dan perubahan dalam otak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: