Antarabangsa

Perang Saudara Sudan: 3,000 Maut, 2.2 Juta Jadi Pelarian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUDAN, 27 Jun 2023 – Pertempuran bersenjata di antara Sudanese Armed Forces (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) sekali lagi telah menjadi lebih sengit pada hari semalam di sekitar selatan Khartoum.

Mereka yang menyaksikan pertempuran tersebut menyatakan bahawa kejadian yang berlaku di kawasan perumahan di selatan Khartoum itu bersifat sangat sengit dengan penggunaan kedua-dua senjata ringan dan senjata berat pada pagi hari Ahad lalu.

BACA JUGA: Klinik Online KKM: PERDIM Bimbang Berlaku Kebanjiran Doktor Palsu

BACA JUGA: Pajak Gadai Berlesen Dilarang Jual Semua Emas Gadaian

BACA JUGA: Harga Ubat Bakal Naik?

Menurut saksi, pesawat-pesawat perang telah terbang melalui kawasan kejiranan Kalakla, di mana para penduduk mendengar bunyi tembakan yang berterusan serta senjata-senjata anti-pesawat perang.

Sejak 15 April lalu, SAF yang diterajui oleh Ketua Staff, Abdel Fattah Al-Burhan dan RSF yang diketuai oleh Mohamed Hamdan Dagalo yang juga dikenali sebagai Hemedti telah memulakan pertempuran bagi merebut kuasa pemerintahan.

Pertempuran di antara dua pihak tersebut telah menyebabkan lebih dari 3,000 nyawa orang awam telah terkorban serta telah menyebabkan puluhan ribu tercedera.

Menurut data rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), konflik yang sama turut menyebabkan 2.2 juta orang telah menjadi pelarian.

Pada 6 Mei lalu, Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS) telah memulakan langkah membiayai perbincangan di antara kedua-dua pihak tentera yang bertelagah itu yang mana hasilnya adalah beberapa siri gencatan senjata yang sering dimungkiri oleh kedua-dua pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: