Tempatan

PKP 3.0: SOP Baharu Masjid Dan Surau Di Perlis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KANGAR, 20 Mei 2021 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan untuk mengehadkan aktiviti pengimarahan semua masjid di negeri ini bermula hari ini susulan kewujudan kluster baharu penularan wabak membabitkan sebuah syarikat perkhidmatan di Kampung Bakau, di sini.

“Masjid tidak dibuka kepada awam, sebaliknya mereka yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu adalah dalam kalangan pegawai masjid serta ahli jawatankuasa masjid saja iaitu tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang tiga orang termasuk imam,” titah Yang Dipertua MAIPs, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tempoh solat termasuk solat Jumaat pula dipendekkan kepada 15 minit saja dan dilakukan di tempat terbuka serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan sebelum ini.

Bagi musafir pula, mereka digalakkan menunaikan solat di penginapan masing-masing.

Tetapi, mereka yang tiada tempat penginapan boleh menunaikan solat di kawasan anjung masjid.

“Waktu solat bagi musafir adalah jam 5.30 hingga 6.30 petang bagi solat jamak taakhir Zohor dan Asar, jam 9.30 hingga 10.30 malam untuk solat jamak taakhir Maghrib dan Isyak,” titah baginda lagi.

“Bagi solat Subuh pula, ruang solat bagi musafir dibuka dari jam 6.30 hingga jam 7 pagi.”

Manakala akad nikah boleh dilaksanakan di premis persendirian dengan mematuhi SOP ditetapkan MAIPs.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: