Tempatan

Cakna Tragedi Banjir, PM Batalkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2022 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa sambutan ambang tahun baru 2023 dibatalkan.

“Sambutan besar-besaran ambang tahun baharu 2023 dibatalkan mengambil kira situasi banjir dan kesusahan rakyat,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi.

Seramai 72,266 mangsa banjir direkodkan setakat pagi tadi apabila jumlah mangsa di Terengganu dan Kelantan terus meningkat, Johor dan Perak kekal manakala di Pahang semakin kurang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan kesemuanya sedang berlindung di 299 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.

Dalam laporan berlainan, sebanyak 45 jalan yang dinaiki air ditutup kepada semua kenderaan di Terengganu sejak semalam.

Setakat jam 8 pagi tadi, daerah Besut merekodkan paling banyak jalan ditutup kepada, iaitu 16 jalan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: