Tempatan

Tonjolkan Sifat Belas Kasihan Ajaran Islam Terhadap LGBTQ – Mustafa Akyol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 14 April 2021 – “Saya fikir belas kasihan dalam Islam, hormat dalam Islam perlu ditonjolkan,” kata Felo Senior di Cato Institute Center for Global Liberty and Prosperity, Mustafa Akyol dalam sesi webinar “Freedom and Tolerance in Islam: Why We Need Some Rethinking”, anjuran G25 dan Edunity Foundation.

Oleh itu, berdasarkan sifat-sifat yang diajar dalam Islam ini, Mustafa menyeru umat Islam untuk menonjolkan belas kasihan dalam menangani isu berkaitan komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).

Apatah lagi individu LGBTQ menghadapi kehidupan yang sukar.

“Umat Islam harus faham individu LGBTQ menghadapi kehidupan yang sukar,” tambah Mustafa.

“Kecenderungan mereka menyebabkan mereka diganggu dan dipandang hina.”

Dakwanya lagi, beliau bukanlah mahu mengatakan bahawa Islam menyatakan semua tingkah laku seksual betul dari segi moral, namun, umat Islam harus sedar, dalam pada Islam menyatakan tingkah laku yang disukai, seseorang individu juga mempunyai hak sama rata sebagai warganegara.

“Umat Islam boleh mengatakan jenis hubungan seks tertentu “tidak betul pada perspektif moral kami”, dan menambah fiqah Sunnah “tidak terlalu liberal”.”

“Misalnya Islam tidak menyukai seks luar nikah.”

Justeru, Mustafa Akyol mahu golongan LGBTQ dilayan sama rata berserta dengan hak asasnya.

“Mereka sebagai warganegara harus dilayan sama rata, berserta dengan hak asasnya.”

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dato’ Mahamad Naser Disa berkata, golongan LGBT tidak mempunyai hak untuk menuntut hak asasi sebagai LGBT di Malaysia.

Mengumpamakan golongan LGBT sebagai mempromosi kesalahan jenayah, beliau menyatakan, kegiatan LGBT ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang Syariah, tetapi juga salah di sisi undang-undang Sivil.

“Hak asasi sebenarnya, macam mana kita nak kata mereka ini ada hak asasi kalau mereka itu adalah pesalah. Orang yang mengamalkan, gay ni cara hidup seksual gay, seks gay ni sex orientation, dia panggil sex orientation gay ni, sebenarnya salah.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: