Tempatan

Isu Pelancong China: Bimbang Sistem & Kakitangan Perubatan Terbeban, PPM Gesa Ujian Sebelum Masuk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 05 Januari 2023 – Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan ujian COVID-19 kepada pelancong dari China kerana bimbang akan membebankan sistem dan kakitangan perubatan Malaysia susulan peningkatan melampau kes di negara tersebut.

Presidennya, Dr Muruga Raj Rajathurai memaklumkan, gesaan itu adalah sebagai langkah dalam mencegah lonjakan kes COVID-19 di negara ini kerana baru-baru ini, varian COVID-19 yang dikatakn dominan di China telah pun dikesan di Malaysia.

Menurut beliau, hanya pengembara yang telah mendapat vaksin penuh dengan keputusan ujian RT-PCR negatif sahaja dibenarkan masuk. Dan sebaik saja tiba di pintu masuk negara ini atau dalam tempoh 24 jam, mereka sekali lagi perlu menjalani pemeriksaan antigen RTK profesional COVID-19.

BACA JUGA: Kerajaan Lebih Sayangkan Pelancong China Walaupun COVID Menggila – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Isu Pelancong China: ‘Ini Tanah besar ‘MaChina’ Maa..’ – CIJ

BACA JUGA: Isu Pelancong China: Kerajaan Perlu Tegas Sebelum Nasi Jadi Bubur

“Walaupun langkah berjaga-jaga sedang diambil oleh KKM untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan lonjakan, kami rasa banyak lagi perlu dilakukan untuk mencegah kes import COVID-19.”

“Kami bimbang dengan kekurangan tenaga kerja di fasiliti penjagaan kesihatan awam kami, sistem penjagaan kesihatan boleh tertekan jika kes yang memerlukan kemasukan ke hospital dan kemasukan Unit Rawatan Rapi (ICU) mula meningkat.”

“Mungkin, sebagai langkah tambahan, Kerajaan boleh melihat pembukaan secara beransur-ansur kepada pengunjung dari China dan melonggarkan sekatan apabila situasi COVID-19 di sana bertambah baik dengan ketara,” katanya.

Dr Muruga tidak menafikan bahawa kemasukan pelacongan itu akan memberi manfaat dan kesan positif kepada sektor ekonomi dan pelancongan Malaysia, namun beliau juga percaya, kesihatan dan keselamatan orang awam juga amatlah penting dan perlu dititik beratkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: