Antarabangsa

PM Israel Berang Ramai Warden Israel Dirogol Tahanan Palestin Bertahun-Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 02 Ogos 2022 – Perdana Menteri Israel, Yair Lapid, berang apabila dimaklumkan bahawa ramai penjaga penjara telah diperkosa secara berterusan dan berlanjutan bertahun-tahun semasa bertugas menjaga tahanan Palestin.

Beliau berikrar dalam mesyuarat kabinet Ahad lalu untuk memberi bantuan kepada penjaga penjara yang telah menjadi mangsa rogol tahanan Palestin ini.

“Tidak boleh biarkan tentera dirogol oleh pengganas semasa bertugas.”

“Ini mesti dan akan disiasat. Kita akan pastikan tentera tersebut menerima bantuan,” ikrar beliau.

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, media Israel banyak melaporkan dakwaan bahawa para pengawal wanita banyak menjadi mangsa serangan seksual tahanan lelaki Palestin di dalam penjara.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Omer Barlev berkata, peristiwa sebegini menyebabkan ramai “rakyat Israel terkejut”.

“Saya baca pengakuan-pengakuan yang telah disiarkan dan saya terkejut,” kata Omer Barlev.

Pada hari Khamis minggu yang lalu, seorang warden wanita di Penjara Gilboa membuat pendedahan bahawa beliau telah dirogol berkali-kali oleh tahanan Palestin.

“Saya tidak mahu dirogol, dicabul lagi dan lagi,” kata beliau.

Warden wanita itu meminta bantuan kewangan daripada orang ramai menerusi kempen meminta derma daripada dana awam (crowdfunding).

Peguam wanita itu, Keren Barak berkata bahawa beliau kini memerlukan sokongan kesihatan mental ekoran daripada peristiwa itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: