Tempatan

UEC: Kerajaan Seolah Beri Pengesahan Langgar Perlembagaan – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 14 September 2021 – Kerajaan seolah-seolah memberi satu endorsement kepada sesiapa untuk melanggar Perlembagaan, melanggar akta-akta yang ada hari ini sekiranya mereka mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kata Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya.

“Silakan buat, kerajaan tak akan buat apa-apa kerana kerajaan sudah memberikan pengiktirafan kepada UEC,” ulasnya lagi dalam rancangan bual bicara TV Pertiwi bertajuk UEC: Kerana Kuasa Prinsip Tergadai, 9 September lalu.

Dan “ini satu precedent yang sangat-sangat tidak baik. Bagi saya ini tindakan politik yang sampah bagi saya, yang tidak harus diberikan pertimbangan langsung.”

Menurutnya, UEC juga tidak dipersetujui oleh kaum Cina dan India yang belajar di sekolah kebangsaan atas sebab diskriminasi.

“UEC ini bagi saya, dikatakan oleh ramai pihak memberikan satu diskriminasi kepada kaum Cina dan kaum India yang duduk di dalam sekolah kebangsaan yang berkorban yang terpaksa melalui sekolah kebangsaan tetapi mereka ini tidak akhirnya diberikan peluang untuk belajar di IPT.”

Justeru kerajaan diingatkan untuk tidak mempertaruhkan nasib bangsa hanya kerana untuk pertimbangan politik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: