Antarabangsa

Tragedi Gujarat, Modi Dituduh Gagal Halang Kejadian Ragut Nyawa 1,000 Orang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 22 Januari 2023 – Kementerian Luar India telah menafikan sesuatu yang disifatkan oleh mereka sebagai “propaganda”, iaitu sebuah dokumentari BBC berkenaan dengan Perdana Menteri mereka, Narendra Modi.

Dokumentari tersebut secara umumnya telah membuat persoalan mengenai kepimpinan Modi sewaktu berlakunya rusuhan di Gujarat pada tahun 2002.

BACA JUGA: Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong

BACA JUGA: Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

BACA JUGA: Semakan Undang-Undang Pelawak Crackhouse Comedy Ditolak

Sewaktu rusuhan tersebut berlaku, Modi menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri di Gujarat. Rusuhan tersebut adalah bersifat perkauman, di mana lebih dari seribu orang telah terkorban dan ramai daripada mangsa yang maut adalah orang Islam.

Rusuhan tersebut berlaku setelah sebuah kereta api yang membawa sekumpulan Hindu terbakar menyebabkan seramai 59 orang maut.

Dokumentari BBC itu pula memaparkan laporan yang dikeluarkan oleh United Kingdom, di mana kejadian rusuhan tersebut dianggap sebagai “kempen keganasan yang sistematik” yang menepati “ciri-ciri penghapusan etnik” yang mana Modi telah bertanggungjawab ke atasnya.

Laporan yang dikeluarkan oleh United Kingdom itu belum pernah didedahkan sebelum ini sehinggalah ianya dipaparkan dia dalam dokumentari tersebut.

Menurut dokumentari yang telah ditayangkan pada Selasa lalu, kumpulan penyiasatan yang terlibat telah mendakwa bahawa Modi telah menghalang pihak polis daripada bertindak bagi menghalang keganasan yang mensasarkan orang Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: