Tempatan

Ribut Kencang Langgar Kota Bharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 30 Mei 2023 – Ribut kuat serta hujan lebat dan petir melanda beberapa kawasan di Kelantan termasuk Kota Bharu sehingga memusnahkan beberapa bangunan di bandar tersebut pada petang Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu telah menerbangkan bumbung bangunan kompleks beli belah Aeon Mall Kota Bharu mengakibatkan hujan melimpah ke dalam bangunan di tingkat tiga.

BACA JUGA: Tanpa Jawatankuasa, Tanah Rizab Melayu Kedah Terus Meningkat

BACA JUGA: 3 Bulan Selepas Dipanggil Fahmi Fadzil, Telegram Mengaku Tak Akan Buat Tapisan Politik

BACA JUGA: Gagal Dapat Diskaun Kapal Terbang, MP Labuan Persoal “Adakah Labuan Bukan Malaysia Timur”?

Turut terkesan atap bangunan berhampiran Hotel Ibis di Kota Lama dan papan iklan gergasi berhadapan Trioka tumbang selain kerosakan pada atap Balai Polis Kota Bharu.

 

Papan-iklan-gergasi-berhadapan-Trioka.jpg?resize=225%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Hujan lebat dan ribut petir turut mengganggu proses mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu.

“Tak pernah terjadi. Plane berlegar legar di udara atas perairan laut selama lebih setengah jam. Atas faktor hujan ribut dan cuaca yang kurang baik pilot mengambil masa yang lama sebelum mendarat di Airport Sultan Ismail Petra Kota Bharu,” kongsi Azimah Zahiri di Facebook.

Turut dilaporkan kejadian hujan lebat berserta petir juga melanda daerah Bachok, Tanah Merah, Machang dan Tumpat kira-kira waktu sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: