Tempatan

Langgar Syarat Lesen, Dua Bot Kenka Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KERIAN, 10 September 2022 – Akibat melanggar syarat lesen, dua buah bot kenka telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kurau di kedudukan 7.7 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, pasukan operasi Maritim Malaysia telah mengesan dua bot sedang menunda pukat dan dirapati untuk pemeriksaan semasa sedang menjalankan rondaan rutin.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot terbabit menemukan, lima kru nelayan tempatan termasuk tekong berumur antara 49 hingga 68 tahun.”

“Berdasarkan pemeriksaan ke atas dokumen mendapati, pasangan bot kenka terbabit bukanlah pasangan seperti yang dinyatakan dalam lesen dan bot terbabit tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya,” ujar beliau selain mendapati bot tersebut turut menarik pukat di kawasan yang tidak dibenarkan.

Menurut kenyataan sama, kesemua nelayan, bot serta peralatan menangkap ikan telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen.

“Maritim Malaysia menasihatkan kepada semua komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berada di laut demi kesejahteraan serta keselamatan bersama.”

Sebarang salah laku jenayah dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Maritim Malaysia di talian MERS 999 yang atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: