Antarabangsa

Insiden Bakar Masjid Di Rajasthan, Seorang Ahli BJP Antara Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAJASTHAN, 26 Jun 2023 – Empat individu ditahan berhubung insiden kebakaran sebuah masjid di Bahadurpur di Rajasthan Alwar pada 20 Jun lalu di mana salah seorangnya adalah pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP).

Lapor The Wire, salah seorang tertuduh iaitu Raman Gulati bukan sahaja ahli BJP tetapi beliau juga bekas Ketua Daerah Kecil bahagian Alwar BJP.

Menurut media, masjid tersebut tidak digunakan sehingga beberapa bulan lalu dan penduduk tempatan baru-baru ini kembali menunaikan solat di masjid tersebut.

BACA JUGA: 8 Empangan Seluruh Negara Berada Di Paras Amaran

BACA JUGA: Ingkar ‘Bond’ Parti, Mahkamah Arah Mantan Naib Presiden PKR Bayar RM10 Juta

BACA JUGA: Rider Digantung Tegur 2 Warga Singapura ‘Borong Minyak’, Siasat Semua Terlibat! – CIJ

Pada 20 Jun lalu sekitar jam 3 petang, orang ramai dikatakan berkumpul dan membakar masjid sehingga menyebabkan sejadah dan langsir musnah.

Penyerang juga didakwa memecahkan tingkap kaca bangunan berkenaan.

Memetik laporan, FIR menyatakan bahawa Raman dan rakan tertuduh yang lain didakwa melaungkan slogan provokatif.

Kata seorang penduduk tempatan, Javed Khan, beliau mendengar tertuduh melaungkan ‘Jai Shri Ram’ dan mereka juga didakwa membuat kenyataan menghina umat Islam.

Seorang lagi penduduk tempatan, Sher Mohamed berkata, dengan situasi perhimpunan pilihan raya yang semakin hampir, dikhuatiri sentimen perkauman dicetuskan dengan cara sedemikian bagi memperoleh keberuntungan untuk pilihan raya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: