Tempatan

Siew Feng Tertarik Islam Adil Dalam Pembahagian Harta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 02 Februari 2022 – “Cara pembahagian harta Islam yang adil, menarik minat saya mendalami ilmu pembahagian harta. Saya tertarik dengan kaedah di mana setiap ahli keluarga si mati ada bahagian masing-masing yang telah ditetapkan oleh agama,” ujar Ong Siew Feng, 41 yang merupakan ejen hibbah di bawah salah sebuah agensi.

Beliau telah mendalami ilmu pengurusan harta itu sejak tahun 2007 dan kini lebih mahir mengenai ilmu faraid, baitulmal dan pembahagian harta pusaka berbanding kakaknya, Elaine Aisyah Abdullah, 45 yang telah memeluk Islam pada tahun 1998. Elaine juga seorang ejen hibbah di bawah agensi yang sama.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Saya dapat rasakan adik saya amat mendalami isu pembahagian harta pusaka ini, malah dia sering meluah rasa mengenai sikap segelintir umat Islam yang kurang peka terhadap hal ini sedangkan isu itu amat rapat dengan diri mereka,” ujar Elaine Aisyah Abdullah.

Ong Siew Feng atau lebih dikenali sebagai Jocelyn mengatakan bahawa perbezaan agama tidak menjadi penghalang untuk berlaku adil, asalkan mahu memahami antara satu sama lain ia sudah memadai. Buktinya, Ong Siew Feng dan kakaknya masih boleh bekerjasama dengan baik.

Elaine, anak sulung daripada empat beradik yang lahir di negeri Johor itu mula memeluk agama Islam selepas hampir dua tahun mengikuti kursus agama Islam di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Beliau telah diamanahkan oleh ibu bapa untuk menggalas tanggungjawab menjaga keluarga namun, setelah menukar agama tanggungjawab itu dipikul oleh Ong Siew Feng.

“Ibu tidak suka sebab banyak tanggapan salah terhadap Islam. Antaranya dia takut saya tidak dapat mewarisi harta keluarga, tidak boleh turut serta menyemadikan dia pada hari kematiannya. Ibu dan ayah turut risau jika suami saya nanti akan berpoligami. Dia kata poligami akan menghancurkan kehidupan saya. Malah ibu fikir sekiranya berlaku konflik dalam rumahtangga saya, mereka tidak dapat masuk campur. Sedangkan itu semua adalah tidak benar,” jelas Elaine apabila mendiang ibunya pernah menentang keputusan tersebut.

Selepas tiga tahun berlalu, keluarga itu mula menerima penghijrahan Elaine dengan sepenuhnya.

“Kini segala-gala kembali normal. Saya berharap Tahun Baharu Cina ini memberikan lebih kebahagian kepada kami sekeluarga,” kata Elaine Aisyah Abdullah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: