Terkini

Operasi Aerotrain KLIA Dihentikan Serta Merta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG, 03 Mac 2023 – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengambil keputusan untuk menghentikan serta merta perkhidmatan Aerotrain berkuat kuasa 2 Mac 2023 hingga ke tarikh yang akan diberitahu demi keselamatan penumpang.

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, (KLIA) Terminal Satu itu dihentikan sementara bagi kerja-kerja penggantian tren selepas berlaku insiden penumpang terkandas di tengah landasan.

BACA JUGA: Kerajaan Cadang Hapuskan Petrol Diesel Bersubsidi Di Kelantan

BACA JUGA: Tidak Guna Tambah Jelapang Padi Jika Hasilnya Sama – Pakar

BACA JUGA: “Menjijikkan” Wakil AS Tempelak Kenyataan “Wipe Out” Menteri Zionis

Menurut Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, perkhidmatan aerotrain yang beroperasi sejak 25 tahun lalu itu sering mengalami gangguan perkhidmatan sehingga menyebabkan ketidakcekapan operasi serta ketidaksenangan kepada penumpang.

“Susulan keputusan menggantung operasi tren tersebut sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian, sebanyak 18 bas perantara akan disediakan untuk kemudahan penumpang.”

“Bas tersebut akan beroperasi sepanjang masa bagi mengambil dan menurunkan penumpang dari balai pelepasan ke terminal satelit,” katanya pada sidang media di KLIA semalam.

Rabu baru-baru ini, sebuah aerotrain dari Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Bangunan Satelit terkandas di tengah-tengah landasan pada jam kira-kira 3 petang.

Berikutan itu, 114 orang penumpang yang terbabit terpaksa berjalan kaki dari tempat aerotrain terkandas hingga ke Bangunan Satelit.

“Sekali lagi saya bagi pihak Malaysia Airports ingin menyatakan di sini, kami amat mengesali perkara-perkara tersebut. We sincerely apologise to all of the passengers,” kata Datuk Iskandar Mizal Mahmood lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: