Antarabangsa

Bakar Quran Kebencian Agama, PBB Lulus Walaupun Dibantah AS, EU

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 14 Julai 2023 – Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan sebuah resolusi yang bersifat kontroversi yang menggesa agar negara-negara ahli “menangani, mencegah dan menghukum tindakan-tindakan dan advokasi kebencian agama”.

Resolusi tersebut dimuktamadkan setelah berlakunya sebuah kejadian pembakaran naskhah al-Quran di Sweden yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

BACA JUGA: Penceroboh Musang King: Pesalah Dibela Sampai Jadi Hero Oleh Orang Politik – Ustaz Masridzi Sat

BACA JUGA: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Disekat Pihak Tertentu

BACA JUGA: 8 Plaintif Akan Kemukakan Laporan Perubatan, Sebagai Bukti Prasarana Cuai

28 buah negara memilih untuk menyokong resolusi tersebut, 12 menentang manakala tujuh buah negara lagi memilih untuk berkecuali. Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah adalah di antara negara-negara yang memilih untuk menentang resolusi terbabit.

Negara-negara Barat secara umumnya memilih untuk mempertahankan kebebasan bersuara. Wakil Jerman menyifatkan perbuatan membakar naskhah al-Quran itu sebagai “provokasi yang dahsyat” namun dalam masa yang sama mengatakan bahawa kebebasan bersuara juga bermaksud “mendengar pendapat-pendapat yang mungkin kelihatan tidak tertanggung”.

Wakil Perancis pula menyatakan bahawa hak asas manusia adalah tentang melindungi manusia, bukan agama mahupun simbol.

Manakala wakil Pakistan, Khalil Hashmi berpendapat sebaliknya dengan menyatakan bahawa resolusi tersebut bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara tetapi bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan.

Beliau seterusnya melanjutkan, “Sayangnya, beberapa negara telah memilih untuk melepaskan tanggungjawab dalam menghalang dan membanteras musibah kebencian agama”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: