Antarabangsa

HSBC Umum Tutup 114 Cawangan Seluruh UK Bermula April

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 02 Disember 2022 – Susulan penurunan jumlah pengunjung akibat pandemik COVID-19, 114 cawangan bank HSBC di seluruh United Kingdom (UK) dilaporkan bakal ditutup bermula April tahun hadapan.

Berdasarkan laporan media, penutupan terbaharu itu turut memberi kesan terhadap beberapa kawasan bandar di Britain berikutan penutupan ratusan cawangan bank lain termasuk NatWest, Barclays dan Lloyds.

Oleh disebabkan itu HSBC menganggarkan kira-kira 100 orang pekerja bakal meninggalkan bank tersebut namun, mereka berharap akan dapat menempatkan semula semua pekerjanya di cawangan yang terjejas, sama ada ke cawangan lain atau jawatan berbeza.

Bagaimanapun, pada masa sama penggunaan aplikasi mudah alih HSBC dikatakan meningkat hampir tiga kali ganda dengan sebahagian besar transaksi diselesaikan secara digital.

Pengarah urusan pengedaran HSBC UK, Jackie Uhi memaklumkan, bank tersebut ketika ini sedang membangunkan hab perbankan baharu dan memasukkan lebih banyak pelaburan ke dalam perkhidmatan perbankan digitalnya.

“Orang ramai mengubah cara mereka bertransaksi dan jumlah pelanggan di banyak cawangan berada pada paras terendah sepanjang masa. Keputusan untuk menutup cawangan bukan sesuatu yang mudah terutamanya jika kami adalah cawangan terakhir di sesuatu kawasan, jadi kami telah melabur banyak dalam strategi selepas penutupan ini,” katanya.

Mereka juga sejak tahun lalu telah menyediakan lebih 1,500 peranti tablet Samsung percuma kepada pelanggan terpilih di cawangan tempatan yang tidak berkemampuan atau tidak mempunyai akses kepada peralatan untuk membantu mereka menggunakan perkhidmatan perbankan digital.

“Ini termasuk menyediakan peranti tablet percuma kepada pelanggan cawangan terpilih yang belum mempunyai peranti untuk membuat urusan bank secara digital, di samping memberi bimbingan untuk membantu mereka berhijrah ke perbankan digital.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: