Antarabangsa

Quran Dibakar Dalam Serangan Di Masjid Sweden, Masjid Dedah Gambar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWEDEN, 12 Disember 2022 – Sebuah masjid di Stockholm telah mengutuk serangan yang dilakukan terhadap premisnya, setelah sebuah naskhah al-Quran telah dirantai serta digantung di kawasan luar pintu masuk masjid tersebut.

Gambar-gambar yang didedahkan oleh Stockholm Central Mosque berkenaan serangan yang berlaku pada Jumaat lalu memaparkan sebuah mushaf al-Quran yang dirantai dan digantung dari pagar besi luar masjid itu.

Pihak masjid berkenaan turut menyatakan bahawa mereka sering menerima ugutan-ugutan yang berkaitan dengan serangan tersebut.

Melalui laman Facebook mereka, pihak masjid telah menyatakan bahawa perbuatan memusnahkan al-Quran dan menggantungnya pada palang besi bersebelahan pintu masjid adalah sesuatu yang dianggap menghina bagi orang Islam. Menurutnya lagi,

“Masjid serta jemaah kami sering menerima ancaman. Kelompok rasis sering membuat percuban baharu bagi menghina kelompok yang tidak sependapat dengan mereka.”

Menurut pihak masjid lagi, mereka mengambil keputusan untuk berkongsi gambar-gambar serta maklumat mengenai kejadian serangan tersebut bagi tujuan “mendapat perhatian daripada para jemaah dan orang awam, dan untuk menghalang normalisasi jenayah kebencian”.

Al-Quran sudah beberapa kali menjadi bahan serangan di Sweden. Rasmus Paludan, seorang warganegara Sweden dan Denmark yang telah memimpin sebuah kumpulan pelampau parti anti-pendatang Denmark telah sering menganjurkan program membakar al-Quran di seluruh Denmark dan Sweden walaupun sudah banyak protes yang dilakukan terhadap kumpulan mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: