Tempatan

Dua Lagi Kes Cubaan Culik Kanak-Kanak Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 27 September 2022 – Selepas tular beberapa kes penculikan, kini terdapat satu lagi kes seorang kanak-kanak berusia lapan tahun hampir menjadi mangsa culik yang seterusnya apabila diajak empat lelaki tidak dikenali untuk menaiki sebuah kereta ketika sedang menunggu ibunya menjemput pulang dari sekolah di Selising semalam.

Mangsa terpaksa berdepan detik cemas yang berlaku kira-kira jam 4:30 petang itu memaklumkan kepada bapanya, beliau diberitahu suspek bahawa ibu bapanya tidak datang menjemput kerana pergi ke klinik dan terus bertindak dengan melarikan diri menuju masuk semula ke dalam sekolah.

Bapa mangsa, Ahmad Ismail, 57 memberitahu, anaknya sempat melihat empat lelaki tersebut namun, tidak pasti akan kereta yang dinaiki mereka.

“Saya amat bersyukur kerana dia bertindak pantas dengan masuk semula ke dalam sekolah. Alhamdulillah, dia selamat.”

“Saya membuat pendedahan ini bertujuan untuk memberi kesedaran khususnya ibu bapa agar cakna terhadap anak-anak. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam kes ini,” katanya ketika ditemui sebuah portal semalam.

Menurut Ahmad Ismail, beliau sentiasa mengingatkan anak kelima daripada enam beradik itu agar tidak mengikut orang yang tidak dikenali terutamanya semasa pulang dari sekolah dan sangat bersyukur apabila anaknya mendengar nasihat itu sekali gus dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian culik.

Dalam pada itu, satu lagi kes culik yang hampir berlaku semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra, Banting, di mana, mangsa telah ditarik masuk ke dalam sebuah kereta Persona berwarna emas dengan nombor pendaftaran Putrajaya.

Namun, usaha menculik itu gagal dengan serta-merta apabila, terdapat orang awam yang lalu di kawasan tersebut dan disebabkan terkejut, suspek terus kembali ke kereta dan beredar.

Menurut kapsyen sebuah hantaran di Facebook, mangsa yang bernasik baik itu berjaya melepaskan diri dan lari ke sebuah padang yang mana, terdapat kanak-kanak lelaki lain sedang bermain bola ketika itu.

“Kalau tak mungkin dikejar sampai dapat. Berhati-hati kepada anak-anak kita,” menurut kenyataan sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: