Tempatan

‘Perang Dalaman’ Sudan: Wisma Putra Sedia Bawa Keluar Rakyat Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 April 2023 – Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan pihaknya bersedia dengan kebarangkalian untuk membawa keluar semua rakyat Malaysia yang berada di Sudan susulan pertempuran yang sedang berlaku di sana.

Ujarnya, Wisma Putra sedang memantau secara dekat situasi pertempuran di Khartoum, Sudan ketika ini.

BACA JUGA: 2 Kawasan Terus Catat IPU Tidak Sihat

BACA JUGA: Dalam Sebulan, Kes Jangkitan COVID-19 Meningkat 481% Di Asia Tenggara – WHO

BACA JUGA: Malaysia Rekod Hampir 1 Juta Penagih Dadah – MASAC

“Kita mahu pastikan rakyat Malaysia selamat di sana. Kita akan sentiasa pantau, termasuk kebarangkalian untuk kita mengeluarkan rakyat Malaysia.”

Tambahnya, “Kita sedang bekerjasama dengan lain-lain negara termasuk kedutaan yang berada di kawasan sekitar kedutaan Malaysia dan pejabat PETRONAS,” maklumnya menurut portal tempatan.

Selain itu, bilik operasi 24 jam juga sudah dilancarkan di Wisma Putra bagi memantau keadaan semasa kejadian di Sudan, di samping komunikasi berkumpulan melalui WhatsApp turut dilakukan.

Oleh itu, beliau mengingatkan kepada rakyat Malaysia yang berada di sana untuk mengambil langkah berjaga- jaga dan tidak mengambil risiko untuk keluar buat sementara waktu.

“Mereka boleh berhubung terus dengan Pihak Malawakil Malaysia di Sudan dan sebarang makluman atau tindakan lanjut akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa,” tegas beliau.

Wisma Putra melaporkan, sehingga kini, jumlah rakyat Malaysia yang sudah dikenal pasti berada di Sudan ialah seramai 29 orang dengan kesemua mereka dilaporkan selamat.

“Mereka terdiri daripada 11 pelajar, tiga ‘Home Based Staff’ dan lapan ahli keluarganya; masing-masing seorang yang bekerja dengan PETRONAS; Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).”

“Sementara, dua orang yang bekerja dengan PBB di Wilayah Abyei serta juga masing-masing seorang yang bekerja di World Vision dan di Hotel Lian Tian International.”

Sabtu baru-baru ini, media antarabangsa melaporkan, berlaku rampasan kuasa di Sudan melibatkan 100,000 anggota antara tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF), pasukan separa tentera kerajaan.

Sekurang-kurangnya 56 orang terbunuh dan hampir 600 cedera dalam pertempuran itu setakat ini, kata Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: